Friday 10 August 2012

Tudip adep?..Hidup sengsorang?

Assalamualaikum..

Dah lama tak top up blog nie..ehe.. apakah alasannya???? biar la tuan punya tahu.. duduk di homestay putrajaya..tunggu nak grad esok adalah kesempatan terhebat untuk merapu balik..har..har..har.. rindu serius amat!! (inversi)

Dalam hidup yang dipenuhi ranjau yang Allah dah siapkan special untuk kita..kadang2,rasa bahawa xde orang paham apa yang kita hadapi. (memang pon..so what??) terutamanya bila rakan2 seperjuangan sodah takde kat sisi..

Pernah terdengar kata pojangga ni tak? bru je terserempak kat mane ntah..tp bla difikir balik..semacam menimbulkan rasa pelik..........

we were born alone. live alone. Then, we die alone.
we only create an illusion that we are not alone by love and friendship...

Well,serious pathetic tahap gajah..   =.=

Tapi macam betul ek....

Tapi bagi saya, salah!!! salah!!! SALAH!!

errr...bukan nak rebel...tapi hakikat yang sejati ialah kita yang create illusion that we are alone..

x stuju?? 

nak tahu satu rahsia??
sebenarnya ada yang tengah tengok kita sekarang..
detailly..every second..apa2 je movement kita, dia nampak..
apa2 je kita cakap even berbisik pon dia dengar..
even apa dalam hati kita pon dia tau..

siapa ni ek.. mestilaah..Allah swt.. cuba belek ayat2 chenta dia. o..yeah!!!  :-)

Al-Baqarah (2:186)
dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat

Al-Baqarah (2:233)
Ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan

n so on..rajin kan diri cari ek..

so, patut ke kita cakap kita ni lonely...looner.. or whatever yang semaksud ngn nye, sedangkan Allah sentiasa teman kita...lihat apa kita buat,dengar apa kita cakap.. dengar kata hati kita..
tapi sedihnya kita tak pernah sedar Allah sentiasa teman kita.. tak pernah try nak 'berbual" dengan Allah.. selalunya kita rasa Allah boleh dengar kita masa kita berdoa je..sedangkan time2 lain pun Allah dengar je..lebih teliti dari kita dengar sora sendiri.. serius...

Nak contoh orang yang berinteraksi ngan Allah??

jeng..jeng..jeng!! Nabi Yusuf a.s..cuba buka surah Yusuf,  

Baginda sengsorang sejak kecil..tp, Baginda sedar hakikat interaksi ngan Allah walaupun Baginda tak leh cakap direct ngn Allah macam Nabi Musa.. hidup Nabi Yusuf tak berteman oleh manusia sedari kecik..
abang2 dia tak suka dia,kena buang lam perigi, jadi hamba, kena penjara.. n then Allah bagi happy ending kat Baginda. 
klu tengok kisah hidup Baginda, serius lonely. x de sorang pon nak dengar isi hati Baginda. tp, Baginda tak kesah..sebab keyakinan Allah tu ada dekat ngn Baginda. 

Klu kita kat dalam condition Baginda, camne tah reaksi kita..dok sengsorang kat umah sehari pon tak tahan.

So,lam bulan posa ni, jom la kita sesama bina rasa yang Allah tu paling dekat ngan kita. Jangan limitkan diri nak cakap ngan Allah setiap masa, kerana ~Dia la pendengar paling setia.~








No comments:

Post a Comment