Thursday 27 December 2012

raun-raun bei makna...(jalan-jalan ada makna)

Assalamualaikum...

mukah-kuching-bandung-kl-sibu-mukah

dalam rancangan~
hehe..
x pernah dibayangkan aku boleh raun sorang2. macam sekarang.
well....umur kita pendek.manfaatkan setiap detik.
jalan2 bukan sekadar untuk mencuci mata, memguras duit, menambah lenguh, melantak.melepas tension.
nikmatnya hanya sekejap
sekejap..
sekejap sangat~

sedangkan Allah suruh kita untuk raun sebenarnya~
(apa? ingat jd orang beriman ni dok kat masjid je ke?)
tapi untuk apa?


Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan).Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.(Ar-Rum,ayat 9)
Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.(Muhammad, ayat 10)

ha~ ni ah salah satu tujuan dia~
PERHATIKAN PENINGGALAN ORANG DAHULU YANG LALAI DENGAN TANGGUNGJAWAB MENGESAKAN ALLAH SAMPAI ALLAH HAPUSKAN DIORANG.
(supaya kita insaf~)
nak lagi?

Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.´ (Surah al-Hajj, ayat 46)

yang ni~

PERHATIKAN DAN FIKIRKAN KEBESARAN ALLAH SUPAYA KITA BERSYUKUR .

Best tak ISLAM, siap suruh umatnya pegi melancong!!

So, jom RAUN dengan IMAN.....

Thursday 29 November 2012

lelah te'u~ penatnye~

tenggelam....tenggelam.. tenggelam...(sin chan voice style)

serius hidup kat luar kandang kmb(kolej manusia beriman) macam neraka... 

jahiliah (a.k.a benda2 yg melalaikan dr ingat YANG SATU) tu melampau banyak!!

dan ku hanyut~ for a moment.. lazatnya..nyum2..sumpah ketagih!!

dan alhamdulillah Allah sayang sangat kat hamba2-Nya... bg macam2 dugaan...
 terima kasih Allah!!

ek? kenapa pula terima kasih? ha~ ni jawapannya.........



Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)

Yes, sungguh diri ni mmng dah banyak kumpul dosa..T.T
jadi, jangan salahkan Allah bila diri rasa hidup ni asyik malang je coz Allah sbnrnya SAYANG...
Klu kita mati dengan dosa bertimbun mana boleh kita pg syurga n jumpa Allah.
so, Allah bg la rasa susah n sakit banyak2 supaya kita xde dosa dah, sebab......
ALLAH NAK JUMPA KITA!!
tak rasa special ke orang yg kena uji ni????


penat? xpekan?..senyum.. :D






Sunday 21 October 2012

Sampai paya?~ Sampai bila?

Assalamualaikum..

This thing keep me wandering till now... friendship...
Dolok2, masa time sekolah2, my friends selalu ckp....best friend forever!!! and what so ever...

tapi.... x tauk la, selepas masa belayar,nya jadi HAMBAR~betul ke bestfriend forever camtu...

hinggalah  diri ni kenal erti ukhwahFILLAH.....................


BEST BANGAT!!!! kerana.......

Sesungguhnya, orang2 mukmin itu bersaudara...
(al-Hujurat, 49;10)
dan hal inilah yg buat kita sentiasa tenang... sbb, orang yg memahami ukhwah fillah akan buat baik kat kita ikhlas kerana Allah..bukan sebab kita, so..teruk mana pun keadaan kita.. mereka tetap di sisi kita..

dan yg paling power lagi...


Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri..(Hadis 13, Hadis arbain An-Nawawi)

serius xkn pernah hangat-hangat tahi ayaammm..sebab...........................


hubungan itu kerana ALLAH yg ABADI.. dan mmngla hubungan yg berdasarkan  yg abadi akan berkekalan, sampai ke syurga. tu baru la bestfriend forever!!

Therefore, lepas nie, x nak g dah geng ngn kawan2 sebab mreka kawan2 aku..tp aku nak geng dengan mereka kerana Allah........bru boleh bestfriend forever sampai paya pun.....klu boleh, nak main ngn korang dalam jannah, bukan kat dunia je~

dan orang2 yg bertakwa kepada Tuhannya dihantar ke dalam syurga secara        berombongan. sehingga apabila mereka sampai kepadanya(syurga) dan pintu2nya telah dibukakan, penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "kesejahteraan(dilimpahkan)atasmu, berbahagialah kamu! Maka masuklah, kamu kekal di dalamnya" (Az-Zumar, 39;73)

so, jom sama2 bertakwa kat Allah.. boleh kita pegang tangan sama2 masuk syurga...pastu berparti kat dalam tu..forever....... yoha~



Gi padu keu rindu...~ Rupanya aku rindu..

Assalamualaikum.

Sudah sebulan x post pape? Teruk betul. Alhamdulillah Allah msh buka hati dan menggerakkan tulang2 n muscle2 untuk share kat dalam blog ni.

Dan dlm sebulan, queen berbohong pada diri dan beberapa individu lain. apabila ditanya..........

Ok sik? Diak kaau? Awak ok?Yo,hang ok dak?


dan frequent answer; Ok, diak, Alhamdulillah.

Pemudei cukup! (memang pembohong!)

wait!wait! Bukan sengaja pun. Rupanya diri ni sendiri tak sedar yg diri ni x ok...... bukan nya sengaja nak tipooo..
setelah menjejak kaki kembali ke dunia "istana"(rumah) yang penuh dengan benda seronok(lagha), rupa-rupanya diri ini semakin tenggelam n tenggelam n tenggelam...

makin jauh dari ALLAH... serius x sedar pon.. hinggalah satu tahap di mana dada asyik rasa sempit
asyik rasa nak marah2 orang.....asyik rasa x best..

dan Alhamdulillah Allah bagi kesedaran ketika diri ni rupa2 nya hanya bergayut dengan jari kelengkeng je kat tali Allah (means that dah makin malas, culas, n lalai nak ingat Allah) Dahsyatnya penangan nikmat masa lapang yg melampau lapang..huhu..~ Rupa-rupanya hati ini rindu ngn Allah~

betulllah, hanya mengingat Allah tu hati menjadi tenang...
(surah ar_Ra'd, 13:28)

Klu dah dapat Allah tu mmng cukup dah...kerana bahagia tu dalam hati, xde sesiapa atau apa2 bencana pun dapat merosakkan rasa bahagia klu Allah x mengizinkannya.

dan seharusnya perkataan putus asa untuk dekat dengan Allah tu x sepatutnya ada, sebab orang yang berjuang untuk cari Allah, maka Allah akan bg jalan. bukan satu je tapi BANYAK jalan. InsyaAllah.

dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan ) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang melakukan ihsan(melakukan kebaikan seperti melihat Allah, or sekurang-kurangnya merasakan Allah melihatnya).
(Al-Ankabut,30;69)









Wednesday 19 September 2012

Mengeng~takut~

Assalamualaikum.....

Mun la bak kena dengah tan naseng keu ajau geji gak keleu.
(klu la aku blh britau apa yang aku rasa sekarang kat korang)

Keluh kesah yang sentiasa aku simpan dalam hati setiap kali klu mak or  apak tanya...

"minew sedih un ji jawai?'
(kenapa muka nampak sedih je)

Well, selalunya akan jawab 'maybe sebab semua geng2 dah fly'.. hehe.. memang rindu siot kat diorang. tapi, ntah. tak rasa camtu pula.......aku tak rasa kepergian geng2 yang dicintai lillahitaala sbg penyebab kesedihan yang merasuk jiwa. sebab,rasanya hidup ni dah lali dgn perpisahan...(err, jangan salah sangka, sedih je klu berpisah, tp, xdela sampai 'kemurungan')

Sebenarnya hati ni sedih sebab terlalu pengecutnya diri. Terlampau pengecut untuk tegakkan hak Allah. Takut untuk suarakan kebenaran. Ya, memang diakui, sejak kecik dulu pun aku memang pengecut. Bila abang n kakak tercinta membuli, aku akan pergi ke sudut rumah, menangis sengsorang.(well, perkara biasala waktu budak2, xyah la nak report kat polis ek.)
Bila sedih atau kesal, aku xnak nanges sebab nnt orang ckp aku lemah.......
Bila ada masalah, aku suka melarikan diri sebab aku takut...
Aku x suka nak rapat2 ngan cikgu2 sebab aku selalu rasa aku nampak bodoh..
aku selalu tunjuk garang supaya orang tak berani dekat n kelemahanku xkan terlihat..
aku payah nak kongsi apa yang aku rasa hatta kat mak n apak pun (sorry mak, apak)

Bila fikir balik, aku dapati aku 'kemurungan' sebab aku ni masih tak dapat mengatasi rasa itu. rasa takut. takut dengan semua benda. takut yang sia2. aku takut untuk melepaskan rasa selesa yang aku rasa sekarang.
Rasa takut yg ntah pa2 dan akhirnya buat ku penat..penat sangat.

Aku tak boleh terus begini. Aku harus bangkit.


"Dan kepada Akulah (Allah) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain"(Surah Al-Baqarah, ayat 40 ) 

Ya, ketakutanku  hanya untuk Allah sahaja. Itu yang telah Allah ajar selama aku kenal tarbiah. Aku harus bangkit. Mesti!!

Thursday 16 August 2012

Suak~ Pinjam~ (nada manja...hik. hik..)

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah teramat.. mata ni x ngantuk g.. dan rupa2nya broadband yang longlai layu kebiasaannya menjadi power pbila larut malam....huhu.. tp, slalunya tuan punya mesti dah lena malam2 camni.. ntah kenapa hidup g malam ni..

ALHAMDULILLAH-SEGALA PUJI BAGI ALLAH.. x putus2 bg nikmat dan cubaan.. menariknya hidup.. hebat, maha hebatnya ALLAH.amat hebat.. hebat yang dahsyat. terlampau hebat... x terkata dan tertulis rasanya.

Tanpa sedar...lam hidup ni, ALLAH banyak bagi pinjam benda... banyak sangat..tapi kengkadang, kita x pernah bersyukur.. Contohnya, scene tv paling tipikal ni~

DOKTOR: Cik, menurut hasil pemeriksaan, cik menghidap barah otak. (nada simpati, muka serius)

PESAKIT: Apa??? (sambil mata bergenang, muka terkezut) Serius sangat ke doktor?Berapa masa yang saya ada doktor? ( suara tersekat-sekat.. tahan sebak..isk2)

DOKTOR: Tumor tu tumbuh di kawasan yang amat bahaya. buat pembedahan pun, ada chance 50 50.. klu tak buat, mungkin setahun.. paling lama pun 3 tahun.( selalunya akan fikir camni: ko ingat ko Tuhan ke nak ramal2 masa kematian orang?? hampeh!!)

PESAKIT: Ya ALLAH... (baru nak ingat ALLAH..huh) kenapa Kau takdirkan aku kna penyakit ni.. apa dosaku....(errrrkkk???)

well..tulah scene yang sentiasa terjadi dalam tv...yang juga mewakili masyarakat kita~yang lupa bahawa semuanya Allah pinjamkan kat kita, sukati dia la nak tarik balik!! lagipun, kadang2, bila diberi ujian camni, baru nak ingat ALLAH..daripada tetiba mati mengejut.. Alhamdulillah ALLAH beri masa lagi untuk bertaubat..itulah manusia, lupa bahawa ALLAH yang menentukan kematian dan segalanya..hmmm.. maybe sesetengah orang akan cakap.."kau tak pernah kena, senang la nak kritik!" atau "wei, cermin diri dulu!"
yeee..aku akui, aku pun pelupa.. ni sebenarnya lebih nak ingatkan diri juga..

Pinjaman ALLAH yang paling memberi rasa dalam hati ni adalah geng2 yang disayangi lillahitaala. rindu pada mereka hanya Allah je yang tau. kengkadang cam angau. tengok benda yang berkaitan ngan akhwat(a.ka geng2 yang dimention tadi), tetiba sengih memanjang..hahak!!! dahsyatnya...seram sejuk gak dibuatnya..

Dulu, memang la hamba adalah sorang yang amat menghargai kengkawan.. sampai ada yang rimas dibuatnya.. tapi dakwah dan tarbiah telah ubah diri ini sedikit demi sedikit..cuba untuk berbakti dengan mereka, kerana ALLAH. Sukar..memang..tapi, kesedaran mereka hanya pinjaman ALLAH menjadi kekuatan untuk membetulkan niat ini..

Ya.. everything hanya pinjaman ALLAH.. termasuklah mereka.. termasuklah nyawa ini.. tak tau bila la ALLAH nak tarik...hmm. so, the very important is, live life the fullest for Allah..sebab tulah tujuan utama kita kat dunia ni. tak caya? nah kau~

51:56 (Az-Zaariyat)
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU

Ha? Camna? Persoalanya?? Kita nak buat apa ngan semua pinjaman ALLAH ni?? FIkir sekarang.. takyah tunggu sign nak mati.. takut nanti x sempat, dah masuk kubur..opsss..

23:114-115(Al-Mukminun)
Dia (Allah) berfirman:Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar2 mengetahui.
Maka apakah kamu mengira bahawa kami mencipta kamu main-main (xde tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?


Friday 10 August 2012

Tudip adep?..Hidup sengsorang?

Assalamualaikum..

Dah lama tak top up blog nie..ehe.. apakah alasannya???? biar la tuan punya tahu.. duduk di homestay putrajaya..tunggu nak grad esok adalah kesempatan terhebat untuk merapu balik..har..har..har.. rindu serius amat!! (inversi)

Dalam hidup yang dipenuhi ranjau yang Allah dah siapkan special untuk kita..kadang2,rasa bahawa xde orang paham apa yang kita hadapi. (memang pon..so what??) terutamanya bila rakan2 seperjuangan sodah takde kat sisi..

Pernah terdengar kata pojangga ni tak? bru je terserempak kat mane ntah..tp bla difikir balik..semacam menimbulkan rasa pelik..........

we were born alone. live alone. Then, we die alone.
we only create an illusion that we are not alone by love and friendship...

Well,serious pathetic tahap gajah..   =.=

Tapi macam betul ek....

Tapi bagi saya, salah!!! salah!!! SALAH!!

errr...bukan nak rebel...tapi hakikat yang sejati ialah kita yang create illusion that we are alone..

x stuju?? 

nak tahu satu rahsia??
sebenarnya ada yang tengah tengok kita sekarang..
detailly..every second..apa2 je movement kita, dia nampak..
apa2 je kita cakap even berbisik pon dia dengar..
even apa dalam hati kita pon dia tau..

siapa ni ek.. mestilaah..Allah swt.. cuba belek ayat2 chenta dia. o..yeah!!!  :-)

Al-Baqarah (2:186)
dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat

Al-Baqarah (2:233)
Ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan

n so on..rajin kan diri cari ek..

so, patut ke kita cakap kita ni lonely...looner.. or whatever yang semaksud ngn nye, sedangkan Allah sentiasa teman kita...lihat apa kita buat,dengar apa kita cakap.. dengar kata hati kita..
tapi sedihnya kita tak pernah sedar Allah sentiasa teman kita.. tak pernah try nak 'berbual" dengan Allah.. selalunya kita rasa Allah boleh dengar kita masa kita berdoa je..sedangkan time2 lain pun Allah dengar je..lebih teliti dari kita dengar sora sendiri.. serius...

Nak contoh orang yang berinteraksi ngan Allah??

jeng..jeng..jeng!! Nabi Yusuf a.s..cuba buka surah Yusuf,  

Baginda sengsorang sejak kecil..tp, Baginda sedar hakikat interaksi ngan Allah walaupun Baginda tak leh cakap direct ngn Allah macam Nabi Musa.. hidup Nabi Yusuf tak berteman oleh manusia sedari kecik..
abang2 dia tak suka dia,kena buang lam perigi, jadi hamba, kena penjara.. n then Allah bagi happy ending kat Baginda. 
klu tengok kisah hidup Baginda, serius lonely. x de sorang pon nak dengar isi hati Baginda. tp, Baginda tak kesah..sebab keyakinan Allah tu ada dekat ngn Baginda. 

Klu kita kat dalam condition Baginda, camne tah reaksi kita..dok sengsorang kat umah sehari pon tak tahan.

So,lam bulan posa ni, jom la kita sesama bina rasa yang Allah tu paling dekat ngan kita. Jangan limitkan diri nak cakap ngan Allah setiap masa, kerana ~Dia la pendengar paling setia.~








Tuesday 3 July 2012

Tadei lai keu ~my little bro

Assalamualaikum....

Recently, memang agak hectic coz macam macam happened kat kampung...


  • sepupu lelaki nenek sebelah mak meninggal diikuti tahlil untuk 3 malam dan tahlil lg esok(hari ketujuh)
  • kenduri doa selamat rumah baru sepupu saya.
  • kenduri arwah kat rumah bapa saudara sulung sebelah mak (patut panggil kenduri gak ke? x reti nak translate malay..ehehe)
  • sepupu perempuan bertunang.


apart from these, tenaga di siang hari pula dikerah untuk kemas rumah yang tengah renovate dan sediakan makanan untuk pekerja2 maharaja( mr. papa) dan tolong maharani (mrs mama) for daily chores..

dan sebagai warga kampung yang nak tunjukkan qudwah dan nak keneng2 (kenal2) ngan orang kampung, dengan penuh berat punggung dan mata, ku paksakan diri hadir ke acara2 yang amat penting ini sekaligus meringankan tulang yang dah sengal2 ni membantu apa yang bole (biasa la orang kampung~cuci pinggan,dll)

tp takper..tak rugi pon buat,sebab Allah nampak...(ehe..:-D)
bak kata cik murabbi ;ok la..amal jariah.

namun begitu, suatu malam, selepas berbuka puasa, rasa tak larat pula nak meneruskan amal jariah ni (ke alasan je??) so, tinggal la aku and da little bro umur lapan tahun di rumah......


Dijadikan kisah, aku dan dia sesama melayan cerita Delisa  yang disukainya...(padahal dia dah tengok banyak kali).. lalu selepas itu berlaku ah dialog aku dengan si kecil ini.


Dia: Kak Queen, eneu "hadiah syurga"?
      Kak Queen, apa "hadiah syurga"?

Tertiber aku tergamam dan mati kutu..sedangkan sebelum ni agak cemerlang (yeke?) menjadi presenter  di Kolej MAha Busy (KMb). Mungkin peralihan bahasa dan faktor umurnya buat ku cuba mendigest cara terbaik untuk explain kat dia...

Aku: Erm...gan kaau menaah??
       Erm...kat mana awak dengar?? (nak ambik masa cari ayat sesuai..ehezk)

Dia: Aieee bei dagen crita Delisa tuneh. Aisyah, janek Delisa pedengah gak mak eyen.
       Aieee,ada dalam crita Delisa tadi. Aisyah, adik-beradik Delisa britau mak dia.
       (nada budak manja x sabar...=,= )

Aku: Hadiah syurga yen janji Allah jahak a wak diak-diak  un baih matai neh.
       A wak nda minai sembiyeng,nda melawen telabau mak apak...
       Gak syurga neh, kaau kena memin wak kaau lok! Dengah un! Mesti Allah juah.
        Hadiah syurga tu janji Allah pada orang yang baik2 je lepas mati nanti.
       Orang yang tak tinggal solat , tak melawan cakap mak bapak..
       (sebab adik aku ni agak degil dan agak segan silu nak solat, so..aku 'cucuk jarum' kat sini..ehe)
       Kat syurga nanti, awak dapat semua yang awak nak! Britau je! Mesti Allah bagi.


Dia: Te'ulah? Mun akeu lok wak isak, memin akeu kena?
       ye ke? Kalau saya nak mainan, semua saya dapat?(muka exited bersinar-sinar)


Aku: Mestilah!


Dan, woah!! amazingnya adikku yang satu2nya lelaki ni selepas itu, x keruan setiap kali terlepas solat jemaah ngan maharaja...takut melepas 'hadiah syurga'...........(nak solat sendiri, dia masih tak reti....)


Di situ, aku merefleksi diri.. terkejut dengan reaksi budak ni terhadap jawapan ku yang tah apa2 tadi, namun impaknya amat besar..azamnya amat kuat sampai berubah 180'.. kita?? mana keghairahan kita mengejar syurga?? yang sudah semestinya kita lebih banyak tahu dari budak ni...huuuu..


terbayang ku cita-cita hidupku untuk jadi doktor.. then jadi specialist.. then nak buka klinik, then... nak buka hospital.. then.. bersara?? dok rumah jaga cucu?? (klu ada)..then.. mati (kalau la mati tua)
baru ku tersedar... untuk akhirat nanti xde perancangan ke?? serius tak nampak perancangan yang jelas.. semua ckap nak ke syurga tp xde pun perancangan nak capai syurga.. nauzubillah min zalik,jalan ke neraka juga selalunya dituruti......sedangkan Alllah selalu ingatkan kita tentang syurga dan neraka lam al-Quran. dan mati yang ntah bla!!!


teringat ayat favourite bulatan gembiramateku:(Taha 20;115)


"Dan sungguh telah kami pesankan kepada Adam dahulu, tetapi dia lupa, dan kami tidak mendapati kemahuan yang kuat padanya"


Adakah kita nak menuruti jejak moyang kita Adam yang mencelakakan diri kerana lalai dan lupa sebab xde kemahuan kuat nak dapat syurga?? tepuk hati, tanya iman....










Wednesday 27 June 2012

LEBOK~RUMAH~HOME..

Assalamualaikum...

Dah balik rumah..ye~~~~(hambar....)


Alhamdulillah ya Rab, Rahim..coz bg queen ni balik istana dia.. medan sebenar. InsyaAllah.

First day dah dapat kejutan budaya...Alhamdulillah Allah masih bg kaca mata ni untuk kenal jahiliah yang merata..

Hati bagai disiat-siat, pilu,sayu.. Hidung yg memang dah berair ni pon (selesema) semakin mencurah-curah sebab tahan air mata...

Mampukah aku jadi anasir pengubah di sini ya Rab??

Mampukah aku sendiri total bertahan kat sini??

Mampukah aku untuk tak terlarut??

Sungguh, this queen are very arrogant..

sebab dia fikir dengan blog ni, yang nak emphasize ~this is brand new me~ but still me~ a.k.a akeu la teu(this is me)~ dapat meneguhkan kakinya dalam jalan ni.

                               sombong!sombong!sombong!!!!!!!!!!!!!!          T-T

kadang2 fikiran jahat merusuh.. kenapa aku di sini!? aku tak mampu!!
alhamdulillah Kamu ya Rab sentiasa memujuk...

Allah takkan membebani seseorang melebihi kemampuannya
Sungguh segala kekuatan itu ya Allah, hanya milikMu.. maka pinjamkanlah padaku.. ku mohon padaMu..

Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga(di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung
  Ali-Imran(200)              


Tuesday 19 June 2012

First time (wak pertama alu)

Bismilllahirrahmanirrahim......

First time tulis blog in 20 years hidup kat dunia nih
huh.

awesome!

and there always be 1st time in life.

1st time hidup kat dunia ni is 20 years ago.
First breath..
First cry..

tp,1st time feel like <hidup> is 2 years ago.

why??

coz msa tu lah Allah bg sya kenaL DIA.

kenal chenta yg sebenar..
kenal rasa bahagia yg sebenar..
bebas di sampingNYA..
DR DUNIA YG MENIPOO n PENUH PORA-PORA..

DIA tak pernah menghampakan saya.
pujuk saya setiap masa bila saya kecewa.
seriously very manis (a.k.a sweet)

n i solemnly swear.. HE...i mean ALLAH... will always be the FIRST in my life.
CHENTA yang teragung dan ABADI~