Wednesday 19 September 2012

Mengeng~takut~

Assalamualaikum.....

Mun la bak kena dengah tan naseng keu ajau geji gak keleu.
(klu la aku blh britau apa yang aku rasa sekarang kat korang)

Keluh kesah yang sentiasa aku simpan dalam hati setiap kali klu mak or  apak tanya...

"minew sedih un ji jawai?'
(kenapa muka nampak sedih je)

Well, selalunya akan jawab 'maybe sebab semua geng2 dah fly'.. hehe.. memang rindu siot kat diorang. tapi, ntah. tak rasa camtu pula.......aku tak rasa kepergian geng2 yang dicintai lillahitaala sbg penyebab kesedihan yang merasuk jiwa. sebab,rasanya hidup ni dah lali dgn perpisahan...(err, jangan salah sangka, sedih je klu berpisah, tp, xdela sampai 'kemurungan')

Sebenarnya hati ni sedih sebab terlalu pengecutnya diri. Terlampau pengecut untuk tegakkan hak Allah. Takut untuk suarakan kebenaran. Ya, memang diakui, sejak kecik dulu pun aku memang pengecut. Bila abang n kakak tercinta membuli, aku akan pergi ke sudut rumah, menangis sengsorang.(well, perkara biasala waktu budak2, xyah la nak report kat polis ek.)
Bila sedih atau kesal, aku xnak nanges sebab nnt orang ckp aku lemah.......
Bila ada masalah, aku suka melarikan diri sebab aku takut...
Aku x suka nak rapat2 ngan cikgu2 sebab aku selalu rasa aku nampak bodoh..
aku selalu tunjuk garang supaya orang tak berani dekat n kelemahanku xkan terlihat..
aku payah nak kongsi apa yang aku rasa hatta kat mak n apak pun (sorry mak, apak)

Bila fikir balik, aku dapati aku 'kemurungan' sebab aku ni masih tak dapat mengatasi rasa itu. rasa takut. takut dengan semua benda. takut yang sia2. aku takut untuk melepaskan rasa selesa yang aku rasa sekarang.
Rasa takut yg ntah pa2 dan akhirnya buat ku penat..penat sangat.

Aku tak boleh terus begini. Aku harus bangkit.


"Dan kepada Akulah (Allah) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain"(Surah Al-Baqarah, ayat 40 ) 

Ya, ketakutanku  hanya untuk Allah sahaja. Itu yang telah Allah ajar selama aku kenal tarbiah. Aku harus bangkit. Mesti!!