Tuesday 26 February 2013

Pinyeng~ mencari

Assalamualaikum....

Pertama kali jejak sydney, maghrib jumaat, 15 haribulan. Cuaca yang sedikit sejuk, bulan yang nampaknya 2 kali besar, kakak-kakak senior yang sambut dan bawa ke rumah diorang. Bangun pagi esoknya, jalan-jalan sekitar perumahan, bunga-bunga yang 2 kali lebih besar, 2 kali lebih wangi..subhanallah..

Tetiba terkenangkan kisah ke Bandung hujung bulan 12..hehe..

Sejujurnya... masa itu,hati jadi kering selepas lama terkial-kial mencari nafas dalam "dunia luar".
Dan.............dengan drastiknya, aku ambil keputusan mengejut..hoho..yg aku sendiri pon x percaya...
merancang jaulah(berjalan-jalan) sendiri ke bandung...tempat sorang dari usrahmate aku study..

well, semua orang pun marah, tapi Allah juga yang gerakkan hati sebenarnya..

That's the starter of my journey;

Setibanya di airport bandung, kawan dan mungkin boleh dikatakan "kakak" menyambut dengan senyuman lebar, Terasa diri disimbah dengan air sejuk dari luar ke dalam. Subhanallah, nikmat yang sukar dikatakan. Hati yang menderita sakit terasa sejuk. Baru je tersedar betapa rindu pada ukhwah kerana Allah

Setibanya di bale=asrama(rasanya eja camtu kot), terasa sambutan mesra orang-orang bandung. Hati rasa  lega kerana  kakak hidup dalam suasana yang baik. Baik rakan satu badge dengan dia mahupun pekerja-pekerja di bale.

Suasana islamik yang ada dalam bale juga secara langsung membersihkan hati. Solat jemaah, tazkirah, bacaan yassin sama-sama. Sungguh lama tak merasa nikmat ini. Secara tak langsung, mungkin Allah nak diri ini lebih menghargai nikmat ini. Subhanallah.

Keadaan di Bandung yang s00 Indonesian(typically the same with the senario in Indonesian drama) anat menginsafkan.  T.T

Sekali sekala, kami berbincang tentang cabaran-cabaran yang dihadapi kakak di sini. Sejujurnya hati terasa cemburu kerana Allah mengujinya dan mengikatnya dengan tali pengharapan denganNya, masih tegap berjaln atas jalan-Nya. Sedangkan diri ini sebenarnya terlalai dengan nikmat dunia yang menyeronokkan. Semoga kami sentiasa lebih mensyukuri nikmat yang Allah berikan pada kami esok.

Unforgatable moment; bila kami menyewa kereta untuk pick-up rakan diorang kat airport Trafik Indonesia amat mencabar dengan jalan yang awesomely mengujakan. hmm.
Ditambah dengan ketidakbiasaan driver (kawan kakak satu bale yang drive) dengan kereta manual amat mendebarkan. Sungguh saat tu, tawakal pada Allah memuncak tinggi. Subhanallah.

Overall, jaulah ini mengajar akew untuk mensyukuri nikmat Allah.

Nikmat Tuhan manakah yang engkau dustakan. (ar-Rahman)
alhamdulillah.

Sungguh tetiba rasa rindu dengan penghuni bale Medic UKM -University Padjadjaran yang mesra. :)