Thursday 16 May 2013

Nda alah-alah~tak habis-habis!!

Assalamualaikum..

Baru perasan, sekarang aku selalu bagi alasan...

Akeu nda kena- Aku tak boleh..

Akeu nda taeu geji bak subet teu--Aku tak tahu macam mana nak buat..

Akeu nda bei tukeng angai--Aku bukanlah pro sangat..

Akeu..akeu ..akeu..


lastly..cakap..akeu aneng nyelok subet pun!!-aku memang tak nak buat...

Senang cerita, tak nak buat, takyah la buat!! 

err..this is for myself( that's why I used my own language..)


Sebab zaman kelabu pada masa dahulu..aku tak pernah yakin dengan diri dalam tarbiah diri.

Tapi semua tu hanya simpan dalam hati.

penuh ragu-ragu.

Adakah Allah akan terima?

Makhluknya yang penuh noda?

Yang buat aku bertahan  ialah...

“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (As-Zumar: 53)

Ya..pesan Allah untuk tak give up.. walaupun penyesalan itu sebenarnya pahit macam tuba...

dan perubahan itu sakit yang boleh buat gila..

dan jahiliah itu rasa manis bila ia tiba tika diri sudah sentosa..

dan kerana itu aku memberanikan diri nak buat kerja untuk-Nya sebagaimana aku berani buat benda yang Dia tak suka dulu..

dan kepada sesiapa..yang rasa Allah takkan terima dirinya..sehinggakan terus dalam zon selesa tanpa perubahan.

Fikir balik..

Adakah kita putus asa pada Allah..(Allah takkan terima la aku ni...aku ni jahat..yada..yada....bla...)

Atau kita sendiri yang tak nak sebab seronok dengan dunia sementara..

harap kita masih ingat kebahagiaan yang sentiasa bertambah di syurga abadi.

dan jika betul kita putus asa dengan keampunan, rahmat-Nya..

cuba fikir fikirkan ayat ni...

"Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!
Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu.
(Thaha 20:40,41)

Ya, memang kita akan kata, "owh, Nabi Musa tak sengaja.." tapi aku buat dosa sengaja dulu..Allah terima ke taubat aku??

Tapi ingat, benda yang salah, walau tak sengaja, tetap menyakitkan juga, sampai bila-bila. 
Buat salah akan hasilkan perasaan yang sama.

Dan itulah perasaan Nabi Musa yang seterusnya perlu berdakwah pada Firaun yang masih memandang rendah padanya sebab kesalahannya.. 

Tapi Nabi Musa tetap melangkah maju tanpa alasan.

Dan aku mohon padaMu ya Allah..moga kami juga melangkah, terus melangkah menuju jalanMu.

Peace....

Saturday 4 May 2013

Wak Den~ Yang nampak

Terkadang ilusi macam realiti dan realiti dah macam mimpi.

Keliru..bezakan keduanya?

Hidup tak akan pernah semudah A B C...


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."

 (Surah al-Ankabut ayat 2-3).

Sayang...bila mana ditimpa getir hidup, kita mudah melatah.. risaukan masa depan yang tak pasti lagi berlaku..

dan aku adalah antaranya...

sungguh Allah tahu je bila kita, tak, maksudnya aku masih tak mampu nak buat.

Entah, rasa seperti para sahabat yang baru balik dari ghazwah tabuk yang sebenarnya cuma ujian Allah

Sedangkan perang tu dah ditakdirkan oleh Allah takkan berlaku..

Merasa Allah mendidik sangat diri ini untuk tak risau dan tak bimbang..

sungguh DIa tahu bila masa kita ready or tak ready dengan ujianNYA..

Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ini yang tak mampu mengatasi rasa takut ini.

Sungguh aku amat lemah ya Rabb, tanpaMu.

Let me 'recognise' the reality( what happened now) and the illusion.( what will happen in the future)