Thursday 16 August 2012

Suak~ Pinjam~ (nada manja...hik. hik..)

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah teramat.. mata ni x ngantuk g.. dan rupa2nya broadband yang longlai layu kebiasaannya menjadi power pbila larut malam....huhu.. tp, slalunya tuan punya mesti dah lena malam2 camni.. ntah kenapa hidup g malam ni..

ALHAMDULILLAH-SEGALA PUJI BAGI ALLAH.. x putus2 bg nikmat dan cubaan.. menariknya hidup.. hebat, maha hebatnya ALLAH.amat hebat.. hebat yang dahsyat. terlampau hebat... x terkata dan tertulis rasanya.

Tanpa sedar...lam hidup ni, ALLAH banyak bagi pinjam benda... banyak sangat..tapi kengkadang, kita x pernah bersyukur.. Contohnya, scene tv paling tipikal ni~

DOKTOR: Cik, menurut hasil pemeriksaan, cik menghidap barah otak. (nada simpati, muka serius)

PESAKIT: Apa??? (sambil mata bergenang, muka terkezut) Serius sangat ke doktor?Berapa masa yang saya ada doktor? ( suara tersekat-sekat.. tahan sebak..isk2)

DOKTOR: Tumor tu tumbuh di kawasan yang amat bahaya. buat pembedahan pun, ada chance 50 50.. klu tak buat, mungkin setahun.. paling lama pun 3 tahun.( selalunya akan fikir camni: ko ingat ko Tuhan ke nak ramal2 masa kematian orang?? hampeh!!)

PESAKIT: Ya ALLAH... (baru nak ingat ALLAH..huh) kenapa Kau takdirkan aku kna penyakit ni.. apa dosaku....(errrrkkk???)

well..tulah scene yang sentiasa terjadi dalam tv...yang juga mewakili masyarakat kita~yang lupa bahawa semuanya Allah pinjamkan kat kita, sukati dia la nak tarik balik!! lagipun, kadang2, bila diberi ujian camni, baru nak ingat ALLAH..daripada tetiba mati mengejut.. Alhamdulillah ALLAH beri masa lagi untuk bertaubat..itulah manusia, lupa bahawa ALLAH yang menentukan kematian dan segalanya..hmmm.. maybe sesetengah orang akan cakap.."kau tak pernah kena, senang la nak kritik!" atau "wei, cermin diri dulu!"
yeee..aku akui, aku pun pelupa.. ni sebenarnya lebih nak ingatkan diri juga..

Pinjaman ALLAH yang paling memberi rasa dalam hati ni adalah geng2 yang disayangi lillahitaala. rindu pada mereka hanya Allah je yang tau. kengkadang cam angau. tengok benda yang berkaitan ngan akhwat(a.ka geng2 yang dimention tadi), tetiba sengih memanjang..hahak!!! dahsyatnya...seram sejuk gak dibuatnya..

Dulu, memang la hamba adalah sorang yang amat menghargai kengkawan.. sampai ada yang rimas dibuatnya.. tapi dakwah dan tarbiah telah ubah diri ini sedikit demi sedikit..cuba untuk berbakti dengan mereka, kerana ALLAH. Sukar..memang..tapi, kesedaran mereka hanya pinjaman ALLAH menjadi kekuatan untuk membetulkan niat ini..

Ya.. everything hanya pinjaman ALLAH.. termasuklah mereka.. termasuklah nyawa ini.. tak tau bila la ALLAH nak tarik...hmm. so, the very important is, live life the fullest for Allah..sebab tulah tujuan utama kita kat dunia ni. tak caya? nah kau~

51:56 (Az-Zaariyat)
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU

Ha? Camna? Persoalanya?? Kita nak buat apa ngan semua pinjaman ALLAH ni?? FIkir sekarang.. takyah tunggu sign nak mati.. takut nanti x sempat, dah masuk kubur..opsss..

23:114-115(Al-Mukminun)
Dia (Allah) berfirman:Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar2 mengetahui.
Maka apakah kamu mengira bahawa kami mencipta kamu main-main (xde tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?


Friday 10 August 2012

Tudip adep?..Hidup sengsorang?

Assalamualaikum..

Dah lama tak top up blog nie..ehe.. apakah alasannya???? biar la tuan punya tahu.. duduk di homestay putrajaya..tunggu nak grad esok adalah kesempatan terhebat untuk merapu balik..har..har..har.. rindu serius amat!! (inversi)

Dalam hidup yang dipenuhi ranjau yang Allah dah siapkan special untuk kita..kadang2,rasa bahawa xde orang paham apa yang kita hadapi. (memang pon..so what??) terutamanya bila rakan2 seperjuangan sodah takde kat sisi..

Pernah terdengar kata pojangga ni tak? bru je terserempak kat mane ntah..tp bla difikir balik..semacam menimbulkan rasa pelik..........

we were born alone. live alone. Then, we die alone.
we only create an illusion that we are not alone by love and friendship...

Well,serious pathetic tahap gajah..   =.=

Tapi macam betul ek....

Tapi bagi saya, salah!!! salah!!! SALAH!!

errr...bukan nak rebel...tapi hakikat yang sejati ialah kita yang create illusion that we are alone..

x stuju?? 

nak tahu satu rahsia??
sebenarnya ada yang tengah tengok kita sekarang..
detailly..every second..apa2 je movement kita, dia nampak..
apa2 je kita cakap even berbisik pon dia dengar..
even apa dalam hati kita pon dia tau..

siapa ni ek.. mestilaah..Allah swt.. cuba belek ayat2 chenta dia. o..yeah!!!  :-)

Al-Baqarah (2:186)
dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat

Al-Baqarah (2:233)
Ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan

n so on..rajin kan diri cari ek..

so, patut ke kita cakap kita ni lonely...looner.. or whatever yang semaksud ngn nye, sedangkan Allah sentiasa teman kita...lihat apa kita buat,dengar apa kita cakap.. dengar kata hati kita..
tapi sedihnya kita tak pernah sedar Allah sentiasa teman kita.. tak pernah try nak 'berbual" dengan Allah.. selalunya kita rasa Allah boleh dengar kita masa kita berdoa je..sedangkan time2 lain pun Allah dengar je..lebih teliti dari kita dengar sora sendiri.. serius...

Nak contoh orang yang berinteraksi ngan Allah??

jeng..jeng..jeng!! Nabi Yusuf a.s..cuba buka surah Yusuf,  

Baginda sengsorang sejak kecil..tp, Baginda sedar hakikat interaksi ngan Allah walaupun Baginda tak leh cakap direct ngn Allah macam Nabi Musa.. hidup Nabi Yusuf tak berteman oleh manusia sedari kecik..
abang2 dia tak suka dia,kena buang lam perigi, jadi hamba, kena penjara.. n then Allah bagi happy ending kat Baginda. 
klu tengok kisah hidup Baginda, serius lonely. x de sorang pon nak dengar isi hati Baginda. tp, Baginda tak kesah..sebab keyakinan Allah tu ada dekat ngn Baginda. 

Klu kita kat dalam condition Baginda, camne tah reaksi kita..dok sengsorang kat umah sehari pon tak tahan.

So,lam bulan posa ni, jom la kita sesama bina rasa yang Allah tu paling dekat ngan kita. Jangan limitkan diri nak cakap ngan Allah setiap masa, kerana ~Dia la pendengar paling setia.~