Tuesday 3 July 2012

Tadei lai keu ~my little bro

Assalamualaikum....

Recently, memang agak hectic coz macam macam happened kat kampung...


  • sepupu lelaki nenek sebelah mak meninggal diikuti tahlil untuk 3 malam dan tahlil lg esok(hari ketujuh)
  • kenduri doa selamat rumah baru sepupu saya.
  • kenduri arwah kat rumah bapa saudara sulung sebelah mak (patut panggil kenduri gak ke? x reti nak translate malay..ehehe)
  • sepupu perempuan bertunang.


apart from these, tenaga di siang hari pula dikerah untuk kemas rumah yang tengah renovate dan sediakan makanan untuk pekerja2 maharaja( mr. papa) dan tolong maharani (mrs mama) for daily chores..

dan sebagai warga kampung yang nak tunjukkan qudwah dan nak keneng2 (kenal2) ngan orang kampung, dengan penuh berat punggung dan mata, ku paksakan diri hadir ke acara2 yang amat penting ini sekaligus meringankan tulang yang dah sengal2 ni membantu apa yang bole (biasa la orang kampung~cuci pinggan,dll)

tp takper..tak rugi pon buat,sebab Allah nampak...(ehe..:-D)
bak kata cik murabbi ;ok la..amal jariah.

namun begitu, suatu malam, selepas berbuka puasa, rasa tak larat pula nak meneruskan amal jariah ni (ke alasan je??) so, tinggal la aku and da little bro umur lapan tahun di rumah......


Dijadikan kisah, aku dan dia sesama melayan cerita Delisa  yang disukainya...(padahal dia dah tengok banyak kali).. lalu selepas itu berlaku ah dialog aku dengan si kecil ini.


Dia: Kak Queen, eneu "hadiah syurga"?
      Kak Queen, apa "hadiah syurga"?

Tertiber aku tergamam dan mati kutu..sedangkan sebelum ni agak cemerlang (yeke?) menjadi presenter  di Kolej MAha Busy (KMb). Mungkin peralihan bahasa dan faktor umurnya buat ku cuba mendigest cara terbaik untuk explain kat dia...

Aku: Erm...gan kaau menaah??
       Erm...kat mana awak dengar?? (nak ambik masa cari ayat sesuai..ehezk)

Dia: Aieee bei dagen crita Delisa tuneh. Aisyah, janek Delisa pedengah gak mak eyen.
       Aieee,ada dalam crita Delisa tadi. Aisyah, adik-beradik Delisa britau mak dia.
       (nada budak manja x sabar...=,= )

Aku: Hadiah syurga yen janji Allah jahak a wak diak-diak  un baih matai neh.
       A wak nda minai sembiyeng,nda melawen telabau mak apak...
       Gak syurga neh, kaau kena memin wak kaau lok! Dengah un! Mesti Allah juah.
        Hadiah syurga tu janji Allah pada orang yang baik2 je lepas mati nanti.
       Orang yang tak tinggal solat , tak melawan cakap mak bapak..
       (sebab adik aku ni agak degil dan agak segan silu nak solat, so..aku 'cucuk jarum' kat sini..ehe)
       Kat syurga nanti, awak dapat semua yang awak nak! Britau je! Mesti Allah bagi.


Dia: Te'ulah? Mun akeu lok wak isak, memin akeu kena?
       ye ke? Kalau saya nak mainan, semua saya dapat?(muka exited bersinar-sinar)


Aku: Mestilah!


Dan, woah!! amazingnya adikku yang satu2nya lelaki ni selepas itu, x keruan setiap kali terlepas solat jemaah ngan maharaja...takut melepas 'hadiah syurga'...........(nak solat sendiri, dia masih tak reti....)


Di situ, aku merefleksi diri.. terkejut dengan reaksi budak ni terhadap jawapan ku yang tah apa2 tadi, namun impaknya amat besar..azamnya amat kuat sampai berubah 180'.. kita?? mana keghairahan kita mengejar syurga?? yang sudah semestinya kita lebih banyak tahu dari budak ni...huuuu..


terbayang ku cita-cita hidupku untuk jadi doktor.. then jadi specialist.. then nak buka klinik, then... nak buka hospital.. then.. bersara?? dok rumah jaga cucu?? (klu ada)..then.. mati (kalau la mati tua)
baru ku tersedar... untuk akhirat nanti xde perancangan ke?? serius tak nampak perancangan yang jelas.. semua ckap nak ke syurga tp xde pun perancangan nak capai syurga.. nauzubillah min zalik,jalan ke neraka juga selalunya dituruti......sedangkan Alllah selalu ingatkan kita tentang syurga dan neraka lam al-Quran. dan mati yang ntah bla!!!


teringat ayat favourite bulatan gembiramateku:(Taha 20;115)


"Dan sungguh telah kami pesankan kepada Adam dahulu, tetapi dia lupa, dan kami tidak mendapati kemahuan yang kuat padanya"


Adakah kita nak menuruti jejak moyang kita Adam yang mencelakakan diri kerana lalai dan lupa sebab xde kemahuan kuat nak dapat syurga?? tepuk hati, tanya iman....